- Pengembara bukan warganegara yang ingin masuk ke Malaysia mestilah lengkap divaksinasi
- Setiap pengembara yang masuk ke Malaysia perlu mematuhi protokol kesihatan yang ditetapkan
- Lakukan ujian RT-PCR 2 hari sebelum berlepas dan juga apabila tiba di Pintu Masuk Antarabangsa
Status Vaksinasi | Tempoh Kuarantin | Ujian Pengesanan | Pelepasan |
Telah menerima dos penggalak atau remaja tanpa pengiring | 5 hari | RT-PCR pada hari ke-4 ATAU RTK(Ag) profesional pada hari ke-5 | hari ke-5 jika keputusan ujian pada hari ke-4 ATAU ke-5 negatif |
Lengkap divaksinasi tanpa dos penggalak | 7 hari | RT-PCR pada hari ke-5 ATAU RTK(Ag) profesional pada hari ke-7 | hari ke-7 jika keputusan ujian pada hari ke-5 ATAU ke-7 negatif |
Tidak lengkap/Tidak divaksinasi | 10 hari | RT-PCR pada hari ke-8 ATAU RTK(Ag) profesional pada hari ke-10 | hari ke-10 jika keputusan ujian pada hari ke-8 ATAU ke-10 negatif |
Apakah protokol bagi pengembara yang masuk ke Malaysia melalui Vaccinated Travel Lane (VTL), Langkawi International Travel Bubble (LITB) dan MIDA-One Stop Centre (MIDA OSC)?
- Lakukan ujian RT-PCR 2 hari sebelum berlepas dan juga apabila tiba di Pintu Masuk Antarabangsa
- Tiada kuarantin
Untuk maklumat lanjut tekan butang berikut: