Kontak Rapat

  • Anda adalah kontak rapat jika anda telah berhubung secara langsung dengan kes positif COVID-19, sama ada bersemuka lebih daripada 15 minit pada jarak kurang dari 1 meter tanpa memakai pelitup muka atau bersentuhan.
  • Bagi yang bergejala atau belum menerima dos penggalak, sila kuarantin mengikut tempoh yang ditetapkan.
  • Untuk tujuan pelepasan, ujian pengesanan COVID-19 kendiri tidak perlu dilakukan jika tidak bergejala.
  • Tempoh kuarantin tidak berubah walaupun bergejala semasa dalam tempoh kuarantin dengan syarat keputusan ujian pengesanan COVID-19 adalah negatif.
  • Pantau gejala sepanjang kuarantin. Jika keputusan ujian positif, ikuti protokol pengurusan kes positif.
  • Kontak rapat yang lengkap vaksinasi dan baru dijangkiti COVID-19 dalam tempoh 60 hari yang lepas tidak perlu menjalani kuarantin.
Status VaksinasiTempoh KuarantinUjian Pengesanan Pelepasan Kuarantin
Telah menerima dos penggalak
(tidak bergejala)
tiada kuarantinujian RTK(Ag) kendiri pada hari pertama dan ketigatidak berkenaan
Telah menerima dos penggalak
(bergejala)
5 hariujian RTK(Ag) kendirihari ke-5
Lengkap vaksinasi5 hariujian RTK(Ag) kendiri jika bergejalahari ke-5
Tidak lengkap/Tidak divaksinasi7 hariujian RTK(Ag) kendiri jika bergejalahari ke-7
Berkuat kuasa 1 Mac 2022

ms_MYBM