Kes Positif

  • Kategori 1 dan 2A (tidak bergejala atau bergejala ringan) tidak perlu ke COVID-19 Assessment Centre (CAC). Hanya perlu kuarantin di rumah
  • Laporkan status kesihatan dua kali sehari melalui Health Assesstment Tool (HAT) di MySejahtera
  • Kategori 2B dan ke atas, golongan berisiko tinggi seperti warga emas 60 tahun ke atas, individu mempunyai komorbid, wanita mengandung dan individu yang tidak lengkap atau tidak divaksinasi dikehendaki hadir ke CAC
  • Jika gejala merosot, segara ke CAC atau fasiliti kesihatan terdekat

Tempoh kuarantin bagi kes positif

Kes positif COVID-19 diwajibkan untuk kuarantin selama 7 hari dari hari keputusan ujian positif diterima.


Bagaimana mengasingkan diri dengan selamat?

Sebagai kes positif

Sebagai ahli keluarga dari isi rumah yang sama

Cara melaporkan keputusan ujian pengesanan COVID-19 kendiri di MySejahtera

Cara melaporkan kontak rapat


Ujian dan pelepasan awal daripada kuarantin

Kes positif COVID-19 boleh menamatkan kuarantin lebih awal sekiranya ujian RTK-Ag yang diselia pengamal perubatan pada hari ke-4 negatif. Ujian RTK-Ag ini boleh dilakukan secara fizikal di fasiliti kesihatan atau secara maya.

Ujian RTK-Ag ini juga boleh dilakukan pada hari ke-5 dan ke-6 untuk tujuan pelepasan awal daripada kuarantin.

Sekiranya keputusan ujian ini masih positif, anda perlu menyambung kuarantin sehingga hari ke-7. Tiada ujian yang perlu dilakukan selepas lengkap kuarantin selama 7 hari.

Dikemaskini 1 Mei 2022

ms_MYBM