- Anda adalah kontak rapat jika anda telah berhubung secara langsung dengan kes positif COVID-19, sama ada bersemuka lebih daripada 15 minit pada jarak kurang dari 1 meter tanpa memakai pelitup muka atau bersentuhan.
- Bagi yang bergejala anda digalakkan untuk kuarantin dan menjalani ujian pengesanan COVID-19 RTK(Ag) kendiri pada hari gejala bermula dan juga pada hari ketiga. Jika keputusan ujian positif, ikuti protokol pengurusan kes positif.
- Untuk tujuan pelepasan, ujian pengesanan COVID-19 RTK(Ag) kendiri tidak perlu dilakukan jika gejala bertambah baik.
- Kontak rapat yang tidak bergejala, tanpa mengira status vaksinasi, tidak perlu menjalani kuarantin.
- Pantau gejala dan tahap kesihatan dalam tempoh 5 hari dari hari terakhir terdedah kepada kes positif COVID-19.
Dikemaskini 22 April 2022