- Pelitup muka adalah wajib di kawasan tertutup dan di dalam bangunan termasuk pengangkutan awam
- Apabila di kawasan terbuka atau di luar bangunan, pemakaian pelitup muka adalah satu pilihan
- Apabila di kawasan terbuka yang sesak, pemakaian pelitup muka adalah digalakkan
- Pelitup muka juga digalakkan bagi golongan berisiko tinggi seperti warga emas, mereka yang mempunyai komorbid atau sistem imun lemah
Contoh di dalam bangunan (pelitup muka diwajibkan)
- Dalam bangunan pejabat, pusat membeli-belah, lif
- Pengangkutan awam seperti bas, kenderaan e-hailing
- Dalam bilik darjah
Contoh di luar bangunan (pelitup muka pilihan)
- Di luar rumah atau bangunan pejabat
- Perhentian bas terbuka
- Taman, padang
- Laluan pejalan kaki dan jambatan terbuka
Situasi-situasi di mana pelitup muka boleh ditanggalkan ketika di dalam bangunan:
- Ketika makan
- Ketika berucap atau membuat persembahan pentas
- Ketika bersenam berseorangan
Dikemaskini 1 Mei 2022